Alangkah indah dan bahagia nya jika mendapat suami yang suka membantu si isteri buat segala kerja rumah..kiranya sama-sama tolong menolong le kan…

Baru2 ni aku dengar Hot FM pasal suami tolong isteri tukar lampin anak. Topik depa pagi2 tu sebab Bruce Wills ada cakap dia boleh tukar lampin anak tak sampai beberapa saat je.. Syok betul lah aku dengar pasal topik mereka kat tv. Bermacam-macam keletah Faizal fbi, Ag dan Farah buat aku ketawa. Setiap pagi aku betul2 di penuhi dgn ketawa..gelagat mereka memang terhibur sangat hehehe..

Berbalik pada tajuk topik mereka tu…bermacam komen di beri oleh pendengar yang menelipon ke Hot Fm. Ada yang cakap suami diaorang memang tak tahu buat apa..balik kerja just dok tgok tv or baca paper je..Si isteri lah yang asyik buat itu ini sedangkan si isteri pun bekerja. Alasan suami “penat” kerja..abis tu si isteri pun kerja tapi masih lagi boleh buat kerja rumah..uruskan anak dan macam2 lagi. Dia cakap suami dia tak pernah le tukar lampin anak, nak beli lampin anak pun tak tahu. Aduhhhh kesian betul lah aku dengan isteri2 yang macam ni…Dalam ramai2 yg buat panggilan tu, aku dengar ada lah seorang dua je suami diaorang yang membantu buat kerja2 rumah dan pandai tukar lampin anak…

Dari penggalaman aku dan permehatian aku lah kan, si suami pun kena lah buat sekali kerja rumah…tolong sekali sekala uruskan anak2. Jangan le dok harapkan si isteri aje uruskan keluarga.Si isteri pasti bahagia dan terasa di hargai tau bila suami dok tolong mereka. Kalau mampu tu siapkan orang gaji untuk meringan kan beban si isteri. Cuba lah bayangkan kepenatan si isteri..balik kerja terus uruskan anak, masak untuk keluarga, kemas rumah…dan macam2 lagi, kesian kan!!! Bila dah penat, pasti dah tak larat..pasti comot, pasti pancit lepas tu kan..Nanti mulalah kita dengar2 si suami cakap “isteri tak pandai nak jaga diri lah..isteri tak pandai nak layan suami lah”, bila dah macam ni…haaaa mula lah start nak cari lain..hmmmmm…

 

Untuk kebahagiaan sesebuah keluarga..jadi lah sahabat buat isteri..lakukan kerja bersama-sama, susah senang bersama, pasti hidup akan terasa bahagia. Aku respect dengan suami yang pandai membahagikan masa bersama keluarga, menolong isteri uruskan rumahtangga. Tak ramai suami yang sebegini..tak ramai suami yang sanggup tolong tukar lampin anak...

Dari topik ini dan dari penggalaman yang aku tempuhi dalam berumahtangga, kesimpulan yang boleh aku katakan “Tanpa persefahaman, tanpa sikap tolong menolong pasti rumahtamgga kita penuh keteganggan. Untuk yang belum berkahwin tu..penuh kan diri dulu dengan ilmu rumahtangga sebelum menempuh alam perkahwinan, dalam perkahwinan kita kena ingat kita dah tak seorang lagi..kita bakal ber dua ..bertiga dan seterusnya. Tanggungjawab pasti bertambah.”