Tags

, , ,

PERKONGSIAN DARI PENGGALAMAN


Bangun Lah dari tidur anda dan tanamkan dalam diri yang Hidup ini adalah Indah…


Ok.. Ramai jugak yang bertanya pada aku…bagaimana aku tempuh semua dugaan yang aku alami dengan tenang..dengan kesabaran!!!! Mereka cakap, kalau mereka ada di tempat aku..dah tak tau dah nak buat macam mana…. Memang aku akui, sesiapa yang melihat aku dengan mata kasar..tidak akan tahu aku mengalami banyak dugaan..banyak tekanan hidup, orang sekeliling tidak akan tahu melainkan aku yang bukak mulut sendiri. Mereka selalu lihat aku dalam keadaan ceria aje..


Mai akak cite sikit bagaimana/macamana akak dapat semua kekuatan dalam diri akak ni ya…


Pertama sekali tu pasti semua dah tahu kan..Apa dia?? Yaaa….Iman di dada, kita kena ada Iman di dada kita supaya kita tak buat kerja2 bodoh yang menyalahi agama kita.

Yang selebihnya, kita kena ingat..apa yang kita buat sekarang dalam kehidupan kita sekarang ini dan selepas ini adalah satu kehidupan yang penting dalam diri kita. Samada kita nak pilih kebahagiaan atau nak pilih kesedihan. Kita lihat sebelum sebelum ini dan kita kaji semula…kalau ada kesedihan sebelum ini kita jadikan ia satu pengajaran buat kita dan jangan kita ulangi kesilapan yang kita buat.

Bagi aku..selalu aku lihat kesedihan yang lepas adalah satu kebodohan yang aku dah buat. Cukup memenatkan bila sedih2 ni…boleh stress yang amat2 sangat. Jadinya…aku tanamkan dalam diri aku yang aku tak nak sedih2 dah. Tapi bagaimana aku nak buat kan???? Di sini Lah kita kena ada kekuatan dalam diri..sebabnya kita kena kuat untuk menaman keyakinan dlm fikiran kita benda2 yang positif semata2. Memang permulaan tu susah nak buat…tapi kita harus berusaha dn terus berusaha.


Bila kita sentiasa berfikiran positif…yang negatif makin lama akan hilang. Bermakna yang positif akan mendahului ke depan, bila ada negatif datang…yang positif  akan mendahului pemikiran kita. Dalam hidup pasti ada benda2 negatif melanda…jangan kata tak ada..pasti ada. Cuma kita kena memainkan peranan agar kita mendahului positif  dari negatif.

Percaya lah..bila kita dah terbiasa berfikiran positif…kehidupan yang kita lalui pasti bahagia, pasti penuh dengan keseronokan. Benda2 yang menyedihkan datang..pasti kita boleh tangani dengan mudah. Sebagai contoh..kes Mahkamah aku…bila kes sedang di jalan kan, memang kadang kala amat stress..amat tertekan sekali, tapi bila kes dah tamat…aku buang dan ketepikan kesedihan aku tu dan aku lihat benda2 yang menggembirakan aku, sebab tu lah..bila kes dah selesai kehidupan aku seperti biasa semula…senyuman di wajah aku akan timbul semula….Bila kita dalam keadaan gembira kita akan mudah berfikiran dengan waras.


Memang bukan mudah nak buat semua ini dengan sekelip mata. Kehilangan, kehancuran..amat sakit lebih2 lagi bagi pihak yang mengalami…tapi percaya lah…jika kita berusaha perlahan lahan dalam diri agar ada sifat positif..bermakna kehidupan kita selepas ini akan lebih bermakna dan kita dapat tempuh segala kesulitan dengan tenang…Insyaalah…