Tags

, , , , , ,

I wish my boys wish me “Happy Mother’s Day”.

Tapi semua ini adalah harapan semata-mata. Sedih sangat tapi cuba hilangkan dengan menggembirakan diri dengan anak perempuan yang seorang ini.

Kenapa tiada ucapan? Hanya mereka yang menggetahui. Tak apa lah, hanya harapan agar mereka sentiasa mengingati aku sebagai ibu yang melahirkan mereka.

Baru-baru ni ada jugak berjumpa dengan anak yang ke 2. Dia peluk aku dengan erat sekali , dah lama dia tak buat begitu pada aku, aku rasa dia memang terlalu rindukan aku. Kesian anak-anak mama. Aku tahan kesedihan ketika berada disampingnya. Aku tak mahu pelajarannya terganggu dengan segala kesedihan ini.

Aku tahu mereka masih tetap sayangkan aku sepenuh jiwa dan raga mereka. Tapi mereka tak boleh menunjukkan semua itu disebabkan halangan dari orang-orang yang berada disamping mereka.

” Tak apa lah sayang-sayang mama, walau tiada ucapan atau kata-kata manis dari kalian , mama akan sentiasa menyayangi kalian berdua seluruh jiwa dan raga mama “Image