Tags

, , ,

Persoalan demi persoalan bermain dalam minda aku ini.
Aku tersepit didalam permainan alam maya yang aku tidak tahu mana salah silap dan puncanya.

Segala apa yang aku buat dan usahakan…adakah akan musnah begitu sahaja!!!!! Adakah akan terhapus begitu sahaja???

Mungkin bagi orang benda ini tidak ada hal. Benda ni benda yang kecik…Apa kisah hilang!! Buat ajelah semula…Buat aja lah yang baru..tak payah kecoh-kecoh..

Nak tahu tak..kiranya ini salah satu yang aku sayang sangat…bagi aku semua yang aku buat amat lah berharga dan bernilai buat aku. Hilangnya dia..separuh “tenaga” ku jua hilang..( apa taknya siang malam sama dia, kala sedih.susah..senang dn mcm2 sama dia aja )

Setiap hari apa yang aku tulis..penuh dengan kenangan yang terindah buat aku…sejarah aku..untuk anak-anak aku.

Aku nak anak-anak aku tahu macam mana kehidupan mama dia tanpa mereka. Inilah sebenarnya “diarymama.com”

Ada yang aku tulis kadang-kadang hanya luahan..tapi ada jugak bila difikirkan direnungkan boleh dijadikan tauladan dan pengajaran.

Sebab itulah aku amat sayang kan semua yang aku buat.

Berharap dan berharap sangat semua ini akan berakhir dan dipermudahkan.

Bukan senang nak senang dalam mengharungi kehidupan. Tak kira dalam kehidupan biasa atau kehidupan alam maya. Semua penuh dengan permainan. Penuh dengan onak dan duri.

image

Aku yg sentiasa diuji dengan berbagai dugaan

Janganlah ada lagi perpisahan dalam hidupku..janganlah ditarik lagi dari aku sesuatu yang aku sayang…

Posted from WordPress for Android