Tags

, , , ,

Assalamualikum ,

MANA BLOG DIARYMAMA , DIARYMAMA.COM KEMANA HILANGNYA , DIARYMAMA , BLOG , BLOGGER , BLOGSPOT , WORDPRESS
Rindu dekat blog diarymama

“Arghhhhhh”…intro dari akak buat semua yang membaca…terasa lama sangat dah tak menulis kat sini. Rindu sangat nak ngomel-ngomel gan korang semua. Mesti korang pun rindu dengan omelan akak kan kan..alaaaa segan-segan pulak nak mengaku…hehehe.( sesekali nak jugak perasan ramai yang singgah kat blog ni…muahahahaha )

Ini perbualan antara 3 sahabat yang didengari baru-baru ini…

Zaki  : ” Ehhh aku peliklah..aku bukak blog diarymama tak boleh lah! Kenapa

ekk?”..tanya zaki kepada  Lia.

Lia     : ” Itulah pasal , aku pun cuba jugak bukak tapi tak dapat ” balas lia.

Zaki   :  Itulah , aku rindu lah dengan omelah mamahanny. Rindu nak baca

entry-entry yang dia  tulis.Haii..mana lah perginya dia kan. ( Zaki kelihatan

mengeluh )

Dari jauh kelihatan Ita berlari-lari anak kearah Zaki dan Lia..Dengan termengah-mengah dia memberitahu sesuatu kepada Zaki dan Lia..

Ita      :  Zaki , Lia …korang nak tahu tak ! Blog Diarymama yang selalu kita

borakkan tu kan .. sekarang     dah  tak gunakan platform blogspot lah.

Sekarang dalam penghijrahan ke WordPress. Patutlah aku bukak-bukak

tak boleh.

Blog Diarymama mana hilangnya , Diarymama.com , Blog , Diarymama , Blogspot , WordPress
Berhijrah dari blogspot ke WordPress

Zaki   :  Ehh ye ke? Mana kau tahu ek?

Ita     :  Aku kan friend mamahanny kat facebook dia , jadi aku tau lah serba sedikit

perkembangan blog diarymama tu. Dia pun dah update kat facebook dia

suruh kita semua bersabar. Tak lama lagi ok lah  balik tu…

Ketiga-tiga mereka merasa lega kerana blog diarymama tidak hilang seperti yang mereka risaukan…Ketiga-tiga mereka adalah diantara peminat tegar diarymama.

The End

( Cerita dan nama diatas adalah rekaan semata-mata . So macam mana! Ok tak angan-angan akak ni…hahaha )

Serious cakap ni tau , memang terasa rindu serindu rindunya dengan blog diarymama ni. Terasa ketiadaan blog ini buatkan diri ini sepi , tiada keceriaan , tiada kegembiraan..hidup ini terasa kosong sangat , mandi tak basah dan tidur pun termimpi-mimpikan blog…”wahhhh dah berlebih-lebih lah pulak kan..macam orang sedang bercintalah pulak”…kahkahkah meroyan sensorang akak dibuatnya.

Actually berkerja sendiri dirumah ni , kelebihan dia ialah kita punya banyak masa dirumah. Selesai segala kerja dirumah banyak masa senggang dihabiskan depan laptop. Itu yang asyik berblog aje. Segala isi hati atau apa sahaja yang terlintas difikiran akan ditulis dalam blog. Bila blog tak boleh aktif itu yang jadi sanggap tu.

Rahsia Rezeki

Doa-doakan blog akak siap sepenuhnya secepat yang mungkin ya. Nanti bolehlah korang sekodeng-sekodeng blog akak balik, akak tak kisah kalau korang nak skodeng..skodeng selalu lagi akak galakkan , tapi hanya skodeng blog diarymama aje ok..

( Entry meroyan , almaklum baru dapat menulis.. cuma tak tahu boleh dibaca atau tidak )