Bila benci tapi sayang

Featured

Tags

,

Kadang2 kita benci..kita marah..geram,  tapi sebenarnya kita sayang.
Macam mana tu?
Itu lah yang banyak terjadi dalam kehidupan kita.
Selalu aku dengar orang cakap..” aku benci sangat dengan perangai dia..suka marah2 tak tentu pasal..tapi aku tak boleh tinggalkn dia sebab aku dah sayang sangat kat dia”
Lihat di sini 2 ayat yg amat2 contra sekali 1) Benci  2) Sayang

Mengikut kefahaman aku lah..kalau dh sebut perkataan benci tu bermakna dh tak suka dah..dah menyampah sgt dah maknanya tu.
Kalau sebut sayang..bermakna tak ada benci dalam diri…

Hmmm. .. pening sungguh kan!!! Kadang2 terfikir jugak samada mereka hanya sebut aje di mulut tapi di hati lain..allahualam. ..hanya mereka sahaja yg menggetahuinya…

PERKONGSIAN DARI PENGGALAMAN | BERAPA RAMAI SUAMI PANDAI TUKAR LAMPIN ANAK

Featured

Alangkah indah dan bahagia nya jika mendapat suami yang suka membantu si isteri buat segala kerja rumah..kiranya sama-sama tolong menolong le kan…

Baru2 ni aku dengar Hot FM pasal suami tolong isteri tukar lampin anak. Topik depa pagi2 tu sebab Bruce Wills ada cakap dia boleh tukar lampin anak tak sampai beberapa saat je.. Syok betul lah aku dengar pasal topik mereka kat tv. Bermacam-macam keletah Faizal fbi, Ag dan Farah buat aku ketawa. Setiap pagi aku betul2 di penuhi dgn ketawa..gelagat mereka memang terhibur sangat hehehe..

Berbalik pada tajuk topik mereka tu…bermacam komen di beri oleh pendengar yang menelipon ke Hot Fm. Ada yang cakap suami diaorang memang tak tahu buat apa..balik kerja just dok tgok tv or baca paper je..Si isteri lah yang asyik buat itu ini sedangkan si isteri pun bekerja. Alasan suami “penat” kerja..abis tu si isteri pun kerja tapi masih lagi boleh buat kerja rumah..uruskan anak dan macam2 lagi. Dia cakap suami dia tak pernah le tukar lampin anak, nak beli lampin anak pun tak tahu. Aduhhhh kesian betul lah aku dengan isteri2 yang macam ni…Dalam ramai2 yg buat panggilan tu, aku dengar ada lah seorang dua je suami diaorang yang membantu buat kerja2 rumah dan pandai tukar lampin anak…

Dari penggalaman aku dan permehatian aku lah kan, si suami pun kena lah buat sekali kerja rumah…tolong sekali sekala uruskan anak2. Jangan le dok harapkan si isteri aje uruskan keluarga.Si isteri pasti bahagia dan terasa di hargai tau bila suami dok tolong mereka. Kalau mampu tu siapkan orang gaji untuk meringan kan beban si isteri. Cuba lah bayangkan kepenatan si isteri..balik kerja terus uruskan anak, masak untuk keluarga, kemas rumah…dan macam2 lagi, kesian kan!!! Bila dah penat, pasti dah tak larat..pasti comot, pasti pancit lepas tu kan..Nanti mulalah kita dengar2 si suami cakap “isteri tak pandai nak jaga diri lah..isteri tak pandai nak layan suami lah”, bila dah macam ni…haaaa mula lah start nak cari lain..hmmmmm…

 

Untuk kebahagiaan sesebuah keluarga..jadi lah sahabat buat isteri..lakukan kerja bersama-sama, susah senang bersama, pasti hidup akan terasa bahagia. Aku respect dengan suami yang pandai membahagikan masa bersama keluarga, menolong isteri uruskan rumahtangga. Tak ramai suami yang sebegini..tak ramai suami yang sanggup tolong tukar lampin anak...

Dari topik ini dan dari penggalaman yang aku tempuhi dalam berumahtangga, kesimpulan yang boleh aku katakan “Tanpa persefahaman, tanpa sikap tolong menolong pasti rumahtamgga kita penuh keteganggan. Untuk yang belum berkahwin tu..penuh kan diri dulu dengan ilmu rumahtangga sebelum menempuh alam perkahwinan, dalam perkahwinan kita kena ingat kita dah tak seorang lagi..kita bakal ber dua ..bertiga dan seterusnya. Tanggungjawab pasti bertambah.”

Rindu dekat blog diarymama

Tags

, , , ,

Assalamualikum ,

MANA BLOG DIARYMAMA , DIARYMAMA.COM KEMANA HILANGNYA , DIARYMAMA , BLOG , BLOGGER , BLOGSPOT , WORDPRESS
Rindu dekat blog diarymama

“Arghhhhhh”…intro dari akak buat semua yang membaca…terasa lama sangat dah tak menulis kat sini. Rindu sangat nak ngomel-ngomel gan korang semua. Mesti korang pun rindu dengan omelan akak kan kan..alaaaa segan-segan pulak nak mengaku…hehehe.( sesekali nak jugak perasan ramai yang singgah kat blog ni…muahahahaha )

Ini perbualan antara 3 sahabat yang didengari baru-baru ini…

Zaki  : ” Ehhh aku peliklah..aku bukak blog diarymama tak boleh lah! Kenapa

ekk?”..tanya zaki kepada  Lia.

Lia     : ” Itulah pasal , aku pun cuba jugak bukak tapi tak dapat ” balas lia.

Zaki   :  Itulah , aku rindu lah dengan omelah mamahanny. Rindu nak baca

entry-entry yang dia  tulis.Haii..mana lah perginya dia kan. ( Zaki kelihatan

mengeluh )

Dari jauh kelihatan Ita berlari-lari anak kearah Zaki dan Lia..Dengan termengah-mengah dia memberitahu sesuatu kepada Zaki dan Lia..

Ita      :  Zaki , Lia …korang nak tahu tak ! Blog Diarymama yang selalu kita

borakkan tu kan .. sekarang     dah  tak gunakan platform blogspot lah.

Sekarang dalam penghijrahan ke WordPress. Patutlah aku bukak-bukak

tak boleh.

Blog Diarymama mana hilangnya , Diarymama.com , Blog , Diarymama , Blogspot , WordPress
Berhijrah dari blogspot ke WordPress

Zaki   :  Ehh ye ke? Mana kau tahu ek?

Ita     :  Aku kan friend mamahanny kat facebook dia , jadi aku tau lah serba sedikit

perkembangan blog diarymama tu. Dia pun dah update kat facebook dia

suruh kita semua bersabar. Tak lama lagi ok lah  balik tu…

Ketiga-tiga mereka merasa lega kerana blog diarymama tidak hilang seperti yang mereka risaukan…Ketiga-tiga mereka adalah diantara peminat tegar diarymama.

The End

( Cerita dan nama diatas adalah rekaan semata-mata . So macam mana! Ok tak angan-angan akak ni…hahaha )

Serious cakap ni tau , memang terasa rindu serindu rindunya dengan blog diarymama ni. Terasa ketiadaan blog ini buatkan diri ini sepi , tiada keceriaan , tiada kegembiraan..hidup ini terasa kosong sangat , mandi tak basah dan tidur pun termimpi-mimpikan blog…”wahhhh dah berlebih-lebih lah pulak kan..macam orang sedang bercintalah pulak”…kahkahkah meroyan sensorang akak dibuatnya.

Actually berkerja sendiri dirumah ni , kelebihan dia ialah kita punya banyak masa dirumah. Selesai segala kerja dirumah banyak masa senggang dihabiskan depan laptop. Itu yang asyik berblog aje. Segala isi hati atau apa sahaja yang terlintas difikiran akan ditulis dalam blog. Bila blog tak boleh aktif itu yang jadi sanggap tu.

Rahsia Rezeki

Doa-doakan blog akak siap sepenuhnya secepat yang mungkin ya. Nanti bolehlah korang sekodeng-sekodeng blog akak balik, akak tak kisah kalau korang nak skodeng..skodeng selalu lagi akak galakkan , tapi hanya skodeng blog diarymama aje ok..

( Entry meroyan , almaklum baru dapat menulis.. cuma tak tahu boleh dibaca atau tidak )

Masaalah blog diarymama telah selesai

Tags

, , , ,

blog diarymama, rindunya dengan blog diarymama, diarymama, masaalah diarymama dah selesai

rindunya dengan blog diarymama

Alhamdulillah segala permasaalahan telah pun selesai. Lega rasanya hati ini. Mudah-mudahan tidak ada lagi sebarang masaalah berbangkit selepas ini.

Terimakasih kepada yang telah bekerjasama dan menolong menyelesaikan masaalah ini. Kepada kedua-dua pihak, ( yang lama dikenali dan yang baru dikenali )..yang telah sama-sama membantu sehingga blog ini dah boleh digunakan semula..terimakasih tak terhingga diucapkan, moga Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

Opsss..tunggu dulu…., belum habis cerita lagi ni..blog ini masih belum boleh dibuka lagi kerana blog diarymama sekarang dalam proses perpindahan dari blogsport ke wordpress dan dalam masa yang sama turut membuat pengubahsuaian , mungkin mengambil tempoh masa selama seminggu, insaallah.

Pada yang bertanya dan perihatan diatas ketiadaan blog diarymama , harap bersabar akan kemunculan baru blog diarymama ya….

happy, choose to be happy ,

Choose to be happy

Kalau nak tahu apa perubahan blog diarymama, tungguuuuuu….!!!!!!

 

 

Posted from WordPress for Android

Blog diarymama.com dalam persimpangan

Tags

, , ,

Persoalan demi persoalan bermain dalam minda aku ini.
Aku tersepit didalam permainan alam maya yang aku tidak tahu mana salah silap dan puncanya.

Segala apa yang aku buat dan usahakan…adakah akan musnah begitu sahaja!!!!! Adakah akan terhapus begitu sahaja???

Mungkin bagi orang benda ini tidak ada hal. Benda ni benda yang kecik…Apa kisah hilang!! Buat ajelah semula…Buat aja lah yang baru..tak payah kecoh-kecoh..

Nak tahu tak..kiranya ini salah satu yang aku sayang sangat…bagi aku semua yang aku buat amat lah berharga dan bernilai buat aku. Hilangnya dia..separuh “tenaga” ku jua hilang..( apa taknya siang malam sama dia, kala sedih.susah..senang dn mcm2 sama dia aja )

Setiap hari apa yang aku tulis..penuh dengan kenangan yang terindah buat aku…sejarah aku..untuk anak-anak aku.

Aku nak anak-anak aku tahu macam mana kehidupan mama dia tanpa mereka. Inilah sebenarnya “diarymama.com”

Ada yang aku tulis kadang-kadang hanya luahan..tapi ada jugak bila difikirkan direnungkan boleh dijadikan tauladan dan pengajaran.

Sebab itulah aku amat sayang kan semua yang aku buat.

Berharap dan berharap sangat semua ini akan berakhir dan dipermudahkan.

Bukan senang nak senang dalam mengharungi kehidupan. Tak kira dalam kehidupan biasa atau kehidupan alam maya. Semua penuh dengan permainan. Penuh dengan onak dan duri.

image

Aku yg sentiasa diuji dengan berbagai dugaan

Janganlah ada lagi perpisahan dalam hidupku..janganlah ditarik lagi dari aku sesuatu yang aku sayang…

Posted from WordPress for Android